|W.A.N.T.E.D|

Friday, June 15, 2012

| Dalam Dilema

Wahh...lama giler aku tak update blog,rasa rindu pun ada..cuma aku sekarang memang sibuk sangat dengan kerja di artisan,yelah sebab dah kene cari duit sendiri kan ..ermm bagaimana aku nak mulakan cerita yer,bukan mengharapkan simpati tapi mohon pandangan yang ikhlas dari kawan kawan blogger semua..:(...kisahnya bermula bila bekas teman lelaki aku,yang aku kenal semasa belajar telah mengutus surat kepada ayah,kepada mak aku,dan segalanya menjadi kacau,jiwa aku tertekan...apa yang patut aku lakukan?segala rahsia yang tersimpan rapi selama ini dalam diri aku dah terbongkar semuanya...mesti korang semua musykil kan apa cerita nih?bekas teman lelaki aku,,telah melamar aku melalui surat(surat ini dihantar kepada mak dan ayah aku juga) dan bercerita segalanya,dan alasan zul melamar adalah untuk bertanggungjawab atas apa perkara yang terjadi dulu....tapi aku malu pada mak ayah aku :(

biarlah aku berterus terang pada kalian semua sekarang,bahawa aku dan zul telah melalukan hubungan seks masa berkapel....arghhhhh kenangan silam menghantui diri..kejap lagi aku akan postkan surat yang telah zul hantar pada mak ayah aku,harap kawan semua boleh bagi pandangan patut atau tak aku terima lamaran dari zul,lelaki yang telah menyentuh dan mengambil mahkota diri aku(malu sangat nak mengaku,tapi terpaksa tebalkan muka :(
ni surat zul..........
Assalamualaikum,
                                
Diharap pakcilk Roslee berada dalam situasi yang baik hendaknya bersama keluarga tersayang dan tugas seharian.

Tujuan saya menulis surat ini untuk pengetahuan diri pakcik adalah untuk berterus terang,yang mana masih samar samar.Mungkin juga pakcik agak pelik menerima surat ini,jadi biarlah saya memperkenalkan nama saya untuk pertama kali.

Nama saya Mohd Zulhazizol Zakaria,berasal dari Terengganu.Dan sekarang saya belajar di UITM Cawangan Melaka.Untuk pengetahuan pakcik,sebelum ini saya belajar satu kolej dengan anak pakcik,Nur Anis Afiqah(Angah)diPoliteknik Syed sirajuddin perlis  dalam jurusan yang sama iaitu perhotelan(Cuma saya senior pada Angah).

Hubungan saya dengan anak pakcik bukan sekadar teman sekuliah,tetapi juga sebagai pasangan kekasih(Kawan kawan sekuliah anis yang rapat semua tahu pasal ni).Kami mula menjalinkan hubungan sebagai kekasih tika anis dalam sem 2.(macam pasangan kekasih yang biasa,keluar makan,keluar ke bandar bersama bila ada kelapangan)

Sebenarnya pakcik,selama saya bercinta dengan Angah sebagai bf gf/kekasih yang saling mencintai,saya ingin membuat pengakuan secara tulus ikhlas pakcik,harap pakcik tidak akan terkejut ye…dengan nama Allah,bahawa kami/saya dan angah telah berzina/membuat hubungan seks di dalam hotel, secara suka sama suka,ketika keluar malam bersama,pakcik…. ini pengakuan ikhlas saya.

Di sini,saya dengan rendah diri dan jujur dan berterus terang,juga ingin bertanggungjawab, ingin melamar anak pakcik Angah sebagai isteri saya yang sah,harap pakcik izinkan.Bilamana pakcik dan makcik izinkan,saya akan meminta keluarga saya untuk datang ke Langkawi dan meminang anak pakcik dengan adat melayu yang biasa.Andaikata pakcik tak izinkan,itu hak pakcik dan saya tak perlu pikul rasa bersalah dan tanggungjawab tersebut lagi.

Andai pakcik ingin berhubung dengan saya,pakcik minta no fon saya dengan angah ye.Akhirkata,saya terima apa jua keputusan yang bakal pakcik ambil dalam penerimaan atau penolakan yang bersabit.

Yang Benar,
Zul

aku dalam tekanan!!!!!

♥TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY ANIS♥

No comments:

Post a Comment